31 Julai 2009

LAST DAY ON FINAL EXAM 1989.

WANTED semua ni.. Mana semua kengkawan aku.. Inilah waktu last kami bergambar. Memang betul2 jadi memori.

KEPALA KONTRAK SMAHMYUG 88-89..

Semua dah berangan nak jadi tokey. Agaknya dlm ramai2 tu ada yg dh jadi bos.

30 Julai 2009

JANJI 'SNAP'...

Aku ingat lagi ni..
Masa tu waktu rehat dlm 10am.
Tak sempat nak cari angle yg baik..
Possing kat sini dah kira best nii..
(Kain pelikat siapa lah ni yg jadi memory)

28 Julai 2009

CONTROL MACO PD MLM 'PREP'..

Inilah waktu yang sepatutnya aku study ngn kwn2. Lari dari 'prep' bergambar kt blkg sekolah..

1988..Ustaz Hasan bersara.

Aku sebenarnya dah hampir lupa nama kengkawn aku ni. Tenung punya tenung keluar satu demi satu nama kwn2 aku ni. Itu pun klu tk silap...dari kira Jeme, Hamzah (arwah), Roy (sing), Bayai, Ustaz, Aku, Nasha. Belakang kiri Aripin, yg ni lupa sbb masuk fom 5 dia dh cabut, ni bdk kelas geografi pun lupa lk sebab pernh dulu bergurau2. Entah mcm mn jari yg limanya hinggp kt muka aku. Apa lagi berpinau lh..terus aku lupa namanya..hee..hee. Yg ni kwn kg aku din jawa & akhir sekali maaf pun lupa.

MEMORI GUNUNG DATUK..1988

Tidak ku sangka gunung datuk dpt ku taluki. Budak2 sebelah aku ni lah punya pasal. Boleh dia org tipu aku. Tengok ajelah tanpa prepare apa2 dgn seluar slack,kasut sekolah. Mana lah dia org ni skrg. Kata si Din Tompel masa nak kenal2 baru2 ni, yg kurus kering tu ke? mcm xcaya aje aku dulu mmg kurus kering. Kau org tengoklh nnti perbezaan antara aku dulu dan sekarang pada episod yg akn dtg.

16 Julai 2009

KITAB 37..

Tanpaku sedar aku baru dikejutkan dari lamunan. Mencari sesuatu yg pernah digenggam. Ia bukan hilang tapi tidak dicari dgn mata hati. Pada Mu bukan paksaan. Ia akan jadi lalai dan leka. Pasti kita rugi dan membinasakan diri sendiri. Di akhir kitab 36 ini Tuhan masih sayang kpd ku. Akan ku akhiri dengan kalam suci untuk di kaji. Ku sambut dengan tabah agar hati ini tidak berbolak balik. Ku tunggu nanti. 18 July kitab baru di terima. Ku mulakan dengan catatan Basmallah. Akan ku akhiri nanti dengan keredhaan Ilahi. Semalamnya banyak untuk ku perindahkan untuk esok. Ku kejar masa muda ini sebelum tua. Ku akhiri dengan tiada upaya melainkan kehendak Ilahi.. Kau membimbing ku dgn perantaraan Apakah daya ini untuk melawannya, Antara hak dan bathil. Aku masih mencari petunjuk itu.

DISEBALIK TABIR..

Dapat peluang untuk 'cover road show' Faizal.
Hotel apo ontah. lupo lak nak ingt..

15 Julai 2009

BUKAN PANTUN BUKAN SELOKA.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicari. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko. Kok poei biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Sountai salam Sojambak kato. Dogup bicaro, menghisik raso. Takdo dicari mano nak jumpo. Golap disuloh torang dipimpin. Yang bulat bogolek. Yang pepeh molayang. Yang torang bukan cahayo. Yang golap bukan malam. Rezeki dicari balo jangan ditompah. Aduhh..bilo nak habih neh..siapo nak sambong silokan...