19 November 2009

JEJAK KASIH 3.

Alhamdulillah. Syukor kpd Tuhan usaha jejak kasih terus berjalan lancar. Kali ini aku dpt berjumpa Norsham. Dulu2 zaman gadong kita org panggil sham bayai tapi kali ni kena tukarlah. Sekarang ni kena panggil Ustaz. Beliau skrg dh mengajar kat sekolah. Beliau juga mampu berniaga bersama isteri beliau di Kuala Pilah. Kpd kengkawn yg hendak mencari pakaian bundle boleh terus menghubungi beliau. Aku pun minat juga pakaian macam ni. Kena pulak kawan kita yg berniaga mesti ustaz boleh bagi yg best punyaa! Kepada kawan2 yg mengenali Ustaz Norsham, mari kita semua doakan bersama apa yang beliau usahakan sebelum ini dan akan datang agar terus diperkenan dan diberkati oleh Allah S.W.T. AMIN.

02 November 2009

JEJAK KASIH 2

Kali ini jejak kasih utk kali ke-2 aku tlh bertemu dgn Ibrahim (Busu) di Shah Alam. Tlh sekian lama tidk bertemu. Sememangnya Allah tlh membantu dlm usaha dan niat aku utk mencari sahabat lama Gadong utk sesi 88-89 utk mengeratkan kembali siratulrahim yg sekian lama terputus. Dari Adzrul kini ke Ibrahim aku masih terus mencari lagi. Kini Ibrahim tlh memberi aku beberapa sahabat lama utk aku simpan. Aku tidak membuang masa lalu aku terus menghubungi sahabat2 tadi. Antaranya Norsham (Bayai) dan Nasharuddin (Nash) yg dpt aku hubungi. Yang lain2 tidak menjawab pangilan aku. Gembiranya aku dpt mendengar suara2 mereka. Nampaknya langkah aku kian panjang. Dari seorang ke seorang dapat aku temui. InsyaAllah suatu hari nanti akan ditemukan semua. Mari kita berdoa bersama2 dan sama2 kita membantu pencarian ini. Amin. Dibawah ini ada beberapa no tel sahabat2 utk rujukan kita bersama: ADZRUL (singh) 012-6291520, ARIFIN (epin) 019-6747476, FAIZAL 012-3751735, IBRAHIM (busu) 012-3315212, MAD DERIS 010-2669104/014-2355157, NASHARUDDIN (nash) 017-6808802, SHAHARUDIN (din jawa) 012-3146502, NORSHAM (bayai) 017-2139686 & FIKRI 019-2463254. Terbaru: SALWA 012-6584759, AZMI MAJID 017-6826205.

23 Oktober 2009

BEZA DULU DAN SEKARANG.

Perhatikan antara gambar ini dan dibawah. Bezanya dulu dan sekarang.

JEJAK KASIH (SIRI GADONG)

Dengan izin Allah aku dapat bertemu dgn Adzrul (class mate 88-89) di KLIA. Pada waktu tu memang bercerita panjang. Kisah2 lama keluar kembali. Tapi aku rasa masih tak puas lagi di kala itu. Masih mencari ruang waktu di hari lain. Aku berterima kasih pada Adzrul kerana sudi meluangkan masa walaupun di waktu itu dia 'off duty'. Tak sangka dah 11 tahun Adzrul bekerja di KLIA. Katanya ada 2-3 budak2 gadong bekerja dekat area KLIA. Harap2 suatu hari nanti dpt diketemukan. Aku masih cam lagi muka Adzrul tapi dia kata kat aku, kalau berselisih pun dia tak akan cam muka aku yg bnyk berubah. Yea ke?

11 Oktober 2009

MANUSIA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN.

Seronok rasanya dapat balik ke kampung (Chuah/Port Dickson) pd hujung minggu lepas. Dapat bercuti dgn keluarga. Walaupun dgn jadual yg padat namun tak semua yg dirancang menjadi. Ini kerana cuti yg kami ambil turut berkongsi bersama dengan pengundi2 dan penyokong2 yg memenuhi setiap tempat dari Bagan Pinang hingga ke Teluk Kemang. Pada asalnya memang tak tahu pun pd tarikh yg sama. Baru sedar di saat2 akhir,cuba menghubungi pihak hotel dengan tujuan utk menukar tarikh kami seminggu awal. Namun tarikh tersebut telah penuh. Perancangn telah dibuat. Teruskan sahaja sebab dah berjanji dgn anak2 nak tidur hotel & mandi laut. Itulah selalu disebut2 3 minggu sebelum bertolak. Perancangan kami, dari Sri D'sara terus ke Siliau tempat Kak Ngah selepas itu terus ke Hotel utk cek in,kemudian keluar semula terus ke Bandar Sunggala. Disini ada lebih kurang 4 buah rumah (Kak Fadilah,Kak Ngah,Kak Timah & Kak Tipah) keluaga utk kami singgah, kemudian terus pula ke Teluk Kemang. Di sini ada Abang Zul & kak Rohana. Keluar dari situ terus pula ke bt.9 Taman Intan. Rumah Abg Wahid,Abbas & Kak Norliah. Diantara waktu ni mmg perancgn utk jumpa Kawan lama dari Sekolah lama dulu Ulu Gadong. Aris (adik Adzrul) di Ilham Hotel dan Mohd Idris di rumahnya. Untuk esok memang aku khususkan untuk anak2 shj. Daanish & Adam nak mandi laut puas2. Kalau ada kesempatan waktu itu aku akn berjumpa dgn Adzrul (Class mate Gadong). Namun manusia ni hanya mampu merancang Tuhan shj yg menentukan. Kebanyakan tidak menjadi. Perancangn ke Teluk Kemang & Tamn Intan termasuk juga Ilham Hotel semuanya tidak kesampaian. Ini kerana jalan utk ke sana tidak mampu aku tempuh. Telah berlaku kesesakan yang melampau. Telah dipenuhi oleh pengundi2, penyokong2, pelancong2 dan saki bakinya orang2 yg sama niatnya mcm aku ni utk beraya ke rumah keluarga. Tuhan maha menentukan. Pd esoknya pula anak2 aku tidak dpt bermandi manda dgn puas di laut ini kerana hujan telah turun di waktu kami sdg bersantai. Isteriku buat keputusan utk ke kolam kecil shj yg terletak di dlm hotel tmpt kami menginap. Selepas itu tiada perancangn lain hanya menunggu masa utk cek out shj. Perancangan kami ke Chuah berjalan dgn lancar. Dapat juga aku jumpa Saharuddin (Classmet Gadong) di Kampung Sawah. Ni no nya (Saharuddin 0123146502).

27 September 2009

SEKITAR BARAAN.

Mungkin ada antara kita yg tak tahu apa itu baraan? Tambah lagi bukan darah jawa. Aku ni tahu sbb dah khawin dgn org jawa. Taulah sikit2 sbb kt kg pun dh ada pendedahan. Baraan ni mcm ziarah rumah ke rumah sekitar yg tlh di tentukan.Biasanya AJK akan berbincang secara ringkas utk mengatur anak2 buah sebelum bergerak. Baraan ni biasanya berjln pd raya ke 2 atau ke 3 dan terbahagi kpd 2 bahagian iaitu lelaki (lanang) dan perempuan (wedok). Yg mn bakar mercun tu bukan budaya dia org pun tapi terikut2 rentak budak2 nakal. Itulah serba sedikit yg aku tahu.

ZIARAH MAD BUSU.

Kelmarin dgn izin Allah aku sempat juga ziarah Mad Busu (Mad Deris PiMai2 Tangtu)di rumahnya di Klang. Baru dpt tahu bru keluar dri PPUM. Kt PPUM dlm buln puasa hari tu sempat juga aku dtg ziarah beliau di Wad 5/36 bersama dgn emak aku. Penyakit Strok yg beliau hadapi tidk seteruk mn. Syukur Alhamdulillah. Dengr khabar dri doctor pakar Strok Insya Allah Abng Mad Busu (Abng Teh) boleh jln dlm seminggu dua lagi. Kami sekeluarga mendoakan agar Abng Teh cepat sembuh.

26 September 2009

1 SYAWAL 1430H/2009

Kami ucapkan selamat Hari Raya kpd semua ahli keluarga yang jauh dan dekat, tak lupa juga rakan taulan yang mengenali dari kecik hingga lah dah besau ni ha..Halalkan makan dan minum serta Maafkan kami zahir dan Batin. Akhir kata eratkan siratulrahim antara kita.

18 September 2009

ANAK SULONGKU.

2003, Lahirlah seorang khalifah dimuka bumi ini. Mohd Daanish Haikal nama telah di beri. Inilah hari dia mula2 dpt kaki.

ADA JODOH TAK KEMANA.

KENANGAN BERSAMA AYAHDA DAN BONDA.

1st June,2002. Aku selamt di ijab kabulkan dgn pasangan pilihan ku sendiri. Kata orang bagai pinang di belah dua katanya. Inilah ketentuan Allah. Aku terima dengan redha.

17 September 2009

TIAP TIAP HARI MASUK HOSPITAL

1997, Aku terus berkhidmat di bahagian finance. Jaga dan pegang duitlah kira2nya tapi duit orang. Seronok kerja kt sini. Kawan2 ramai. Nurse pun ramai, yang baru masuk masih dlm latihan duit elaun dia orang aku lah yg jaga. Tiap minggu aku lah kena kejar dgn dia orang.

MASUK ISTANA.

Ada rezeki tak kemana. Dapat juga bertugas sekejap di Istana Negara. Majlis pernikahan cucunda Sultan. Masa tu Harun Din yg bertugas bahagian hal2 agama di istana. Sekarang ni adiknya Hasan Din.

AL-FATHIHAH..

Akan ku bacakan Al-Fatihah setiap kali ku buka lambaran ini buat sahabat2 ku (dalam bulatan) yang telah pergi buat selama lamanya. Diberitahu awalnya Hamzah kemudian dapat tahu baru2 ini Izat kemudian yg menyusul Jemai (Ralat:bukan komai). Kawan kita lagi tapi kelas geografi Khidir pun dah pergi meniggalkan dunia ini (tiada dlm gambar).Aku terima call dari kwn lama juga yg masih duduk di PD,Mat Deris (010-2669104). Terkejut aku tarima berita itu. Ajal & maut ditangan Tuhan. Yang hidup pasti akan mati. Kepada nya kita datang, kepada nya juga kita kembali. Al-Fatihah buat mereka.

01 September 2009

REZEKI DI KUALA LUMPUR

Pada tahun 1995 selepas shj habis belajar bahasa Jepun. Aku dah plan utuk terus mncari rezeki di KL. Akak aku yg tinggal di USJ yg bnyk membntu utuk aku berdikari di kota Metropolitan ini.

BERSIAP SEBELUM KE JEPUN.

Pada tahun 1994 aku diberi peluang oleh MARA utuk mengikuti program lawatan sambil belajar julung2 kali ke negeri matahari terbit. Tak sangka bahasa Jepun mudah dipelajari. Dalam 1 bulan aku boleh menguasai membaca dan menulis. Untuk memahami bahasanya aku amat teruja utk terus mendalaminya. Rezeki tidak menyebelahi kami. Projek ini ditunda akibat gempa bumi berlaku di Kobe pd tahun 1995.

PROJEK D LANGKAWI.

30 Ogos 2009

SELAMATKAN PALESTIN.

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan. Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)? Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita. Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka. Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya! Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!" - Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Ramadhan Dalam Kenangan Di Gadong.

Saya pun nak kongsi pengalamn dlm bln puasa mcm Adiey kita kt blognya. Tempat jatuh lagi dikenang kata orang, apa lagi kita yg merasa. Memang ingat sampai mati. Bila cakap aje Ramadhan di Gadong mula2 aku memang ingat part ni dulu, pagi2 buta dlm 4 pagi mcm tu dia org dh pukul tray bosi nk kejutkan kengkawan konon. Tapi memang berhasil. Kalau dah pukul tray bosi tu samapai ke bilik mau tak bangun. nnti sambung lagi nak buka posa dulu.. Adiey cakap kerang rebus kedai ded memng nostalgia tu dtg balik. Masa tu semuanya sedap. Mkan tepi pagar pun jadi. Malm ada team mncari susu. nak buat teh tarik. Masa berbuka ikan jaket (cencaru) pasti ada. Bulan Ramadhan paling sibuk mendpat jemputan kenduri & bertarawih. Maklumlah sekolah anak yatim. Mana yg bukan yatim tu menumpang tuah ajelah. Lagi satu adalah satu masa tu org bersedekah pakaian terpakai. Berebutlah kita semua mengalahkan anak yatim pulak.

07 Ogos 2009

DARI DARAT KE LAUT.

Dari laut ke darat pulak... Keja tarik kapal,sondol kapal,impit kapal itulah keje dia org bukan keje den yoo..Aden duduk dlm kapal kecik ni je. Nak tau siapa bawa kapal kecik ni? Abang tiri den lah..Cayo tak? Tak sangka abg den mampu mmbawa kapal ni dan dh ada lesen penuh. Mcm xcaya aje. Tapi tulah abg tiri den. Yang pelik sedikit lesen laut dah dapek tapi lesen darek (darat) masih guna lesen 'Agong" lagi. Dulu lah. Skrg agknya mcm2 lesen dia ado.

ALAM REMAJA.

Habis ajo eden dr SPM, eden dh gatal2 nk cari duit sendiri. Tak nk menyusahkan keluargo. Inilah koja den yang mula2 sekali selepas habis SPM. Salesman. Jual produk2 elektronik khas utk koperasi Tentera di Pee Dee. Banyak pengalaman kt sini klu kau org nk tau,semua ni mengajar aku jadi dewasa. Den ingat lagi kato2 Abg Long den masa mula2 dio kona kn den kt tompek ni, "Jangan rasa rendah diri". Inilah kato azimat buat den walau pendek tapi bermakno hingga akhir hayat. Seronok kojo kek sini. Gaji + commission pun boleh tahan pd masa tu. Abang tiri den pun kojo samo kek situ. Berlumbo2 den ngn dio berniago bondo ni. Bulan ni abg den dapek bnyk, bulan depn nya pulak eden yg tinggi. Seronok.. Bos den tengok kami ni kojo rajin (bkn nk angkt bakul sendiri) dio plan kami ni kena gi kt luar Pee Dee pulak. Masa tu tk ada trnsport sendiri. Tk pandai jln jauh. Bila bos hntar ke luar Ya Allah tuhan shj yg tahu gembira bukan main..Destinasi pertama den JB. Jauh tuu..! Masuk lh dlm kem kt JB tu Apo namo ye..aa..kem Majide. Abg den kene gi KL. Mcm2 lagi yg kami dapat pengalaman kt situ. Hinggalah company tu tutup baru kami cari koja lain pulak..(Dlm gmbar tu abg tiri den yg baju hijau tu(Cute tk kami). Kami masa tu bercuti ke Johor selepas sales target trcapai tapi bos den yg bolanjo. Ni gambar kt kg kwn den.)

03 Ogos 2009

WALIMATUL URUS.

Saya rasa kau org memang kenal sangt2 pasangan ni. Sempat juga saya dijemputnya. Pada hari tu yg datg saya,Din & Nasha. Yg lain2 ada juga tapi dah lupo. Aku tahu Din & Nasha adik kesayangn Cikgu ni.

BERSAMA DI PUNCAK.

Kau org tengok eje perangai budak2 ni masa dulu2. Nakal betul. Suruh posing memang liat betul. Mcm2 gaya. Rosak gambar.

ROCK + USTAZZ..

Maaf gambar kabur sikit. Guna kamera cap ayam masa tu. Tak tahu nk ckp apa. Yg aku ingat lagi si Asmadi ni pinjam kasut kegkwn dan aku pinjam kopiah org juga..hee..hee. Zaman tu pinjam meminjam dah biasa.

TIGA ABDUL..

(Baca Dlm loghat Arab..Arablah)Pada 5/03/1988 Tiga Abdul ni di pilih oleh cikgu utk menjadi juri hakim..Al sebuah kisahhh..Abdul Asmadi telah di lantik jadi kira markah lah, Yg Abdul Taufik menjaga masa lah, Yg Abdul Aripin tukasnya kira masa lah. Akhirnya tiga2 Abdul ini kena buang kerja lahh..Sebab itu hakim tidak ada pakai jam..Tiga Abdul ni kira masa ikut matahari.

SEKAMPUNG..

Aku dan Din Jawa sama satu kampung. Cuma kg Din jauh sedikit. Aku dan Din agak brkwn rapat. Sehingga pada suatu hari Din dpt kelulusan utk pulang ke kg dari Cikgu Aziz. Permintaan aku pula sebaliknya. Tiba2 shj aku rasa sedih. Sebab selama ini kemana shj aku atau din pergi mesti bersama. Aku dpt tahu Din telah menjadi adik kesayangan Cikgu Aziz.

31 Julai 2009

LAST DAY ON FINAL EXAM 1989.

WANTED semua ni.. Mana semua kengkawan aku.. Inilah waktu last kami bergambar. Memang betul2 jadi memori.

KEPALA KONTRAK SMAHMYUG 88-89..

Semua dah berangan nak jadi tokey. Agaknya dlm ramai2 tu ada yg dh jadi bos.

30 Julai 2009

JANJI 'SNAP'...

Aku ingat lagi ni..
Masa tu waktu rehat dlm 10am.
Tak sempat nak cari angle yg baik..
Possing kat sini dah kira best nii..
(Kain pelikat siapa lah ni yg jadi memory)

28 Julai 2009

CONTROL MACO PD MLM 'PREP'..

Inilah waktu yang sepatutnya aku study ngn kwn2. Lari dari 'prep' bergambar kt blkg sekolah..

1988..Ustaz Hasan bersara.

Aku sebenarnya dah hampir lupa nama kengkawn aku ni. Tenung punya tenung keluar satu demi satu nama kwn2 aku ni. Itu pun klu tk silap...dari kira Jeme, Hamzah (arwah), Roy (sing), Bayai, Ustaz, Aku, Nasha. Belakang kiri Aripin, yg ni lupa sbb masuk fom 5 dia dh cabut, ni bdk kelas geografi pun lupa lk sebab pernh dulu bergurau2. Entah mcm mn jari yg limanya hinggp kt muka aku. Apa lagi berpinau lh..terus aku lupa namanya..hee..hee. Yg ni kwn kg aku din jawa & akhir sekali maaf pun lupa.

MEMORI GUNUNG DATUK..1988

Tidak ku sangka gunung datuk dpt ku taluki. Budak2 sebelah aku ni lah punya pasal. Boleh dia org tipu aku. Tengok ajelah tanpa prepare apa2 dgn seluar slack,kasut sekolah. Mana lah dia org ni skrg. Kata si Din Tompel masa nak kenal2 baru2 ni, yg kurus kering tu ke? mcm xcaya aje aku dulu mmg kurus kering. Kau org tengoklh nnti perbezaan antara aku dulu dan sekarang pada episod yg akn dtg.

16 Julai 2009

KITAB 37..

Tanpaku sedar aku baru dikejutkan dari lamunan. Mencari sesuatu yg pernah digenggam. Ia bukan hilang tapi tidak dicari dgn mata hati. Pada Mu bukan paksaan. Ia akan jadi lalai dan leka. Pasti kita rugi dan membinasakan diri sendiri. Di akhir kitab 36 ini Tuhan masih sayang kpd ku. Akan ku akhiri dengan kalam suci untuk di kaji. Ku sambut dengan tabah agar hati ini tidak berbolak balik. Ku tunggu nanti. 18 July kitab baru di terima. Ku mulakan dengan catatan Basmallah. Akan ku akhiri nanti dengan keredhaan Ilahi. Semalamnya banyak untuk ku perindahkan untuk esok. Ku kejar masa muda ini sebelum tua. Ku akhiri dengan tiada upaya melainkan kehendak Ilahi.. Kau membimbing ku dgn perantaraan Apakah daya ini untuk melawannya, Antara hak dan bathil. Aku masih mencari petunjuk itu.

DISEBALIK TABIR..

Dapat peluang untuk 'cover road show' Faizal.
Hotel apo ontah. lupo lak nak ingt..

15 Julai 2009

BUKAN PANTUN BUKAN SELOKA.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicari. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko. Kok poei biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Sountai salam Sojambak kato. Dogup bicaro, menghisik raso. Takdo dicari mano nak jumpo. Golap disuloh torang dipimpin. Yang bulat bogolek. Yang pepeh molayang. Yang torang bukan cahayo. Yang golap bukan malam. Rezeki dicari balo jangan ditompah. Aduhh..bilo nak habih neh..siapo nak sambong silokan...