04 Januari 2011

SAMBUT 2011 DENGAN KELI VS HARUAN


Tahun baru 2011 ini aku sambut dengan keluarga di kampung Sekinchan. Seperti tahun sudah. Cuma pada tahun 2010 dahulu versi nya sama, specis nya yang berbeza. Nak tau ke apa specis tu? 2010 expidisi memancing belut. Ingat kan nak ulang semula tapi cari nye cari sarangnya dah kurang. Dengar cerita sama ada dah lari ke tempat lain atau pun ada orang yang lebih cepat dah menyapu nye...
Untuk tidak mengecewakan tahun baru ini, buat perancagan dgn sepupu saudara ipar... (ada ke pgkt mcm nie?). "Jom pergi ke lubuk keli" katanya..Apa lagi terus kan operasi lahh...Umpan yang sepatutnya aku pancing belut aku serahkan pada isteri dan anak anak aku. Rupa rupanya mereka juga tidak membazirkan umpan tersebut. Hasil mereka dapatlah seekor ikan haruan. Seperti gambar diatas Adam dengan haruan nya. Yg aku punya keli tak sempat nak ambil gambar diatas sebab2 tertentu. Mungkin terlalu banyak tangkapan sehigga terlupa nak bergambar. Yang gambar diatas tu faham2 ajelah.. 

06 Disember 2010

1979 - 1984. Buat Teman2 Seperjuangan.

 1979 aku di darjah satu bersama guru kelas Cikgu Maimunah.

1980. Semua muka comel2 belaka. 

 1983. Mula mendapat tugasan.

 1984. Masing2 dah pandai melawa (bagi yg pompuan le). Lelaki pulak dah mula menunjukan 'taring' nye..Haa..haa..Kenangan tetap menjadi ingatan. Dimanakah mereka2 ini. 

Kenangan bersama ahli2 'kabinet', 'speker' dan 'chairman' semasa pemilihan 'kerusi' Parlimen dan pembentangan Belanjawan 1983. (bunyi mcm kedai perabot pun ada)

17 November 2010

CUTI CUTI MALAYSIA.(DEEPAVALI 2010)

 Tak tahu nak kemana sebenarnya pada cuti Deepavali..Akhirnya buat keputusan bawa keluarga dan Kakak Ipar (K.Lin) ke Bukit Freser.


Esoknya pergi ke Gopeng untuk masuk ke Gua tempurung. Memang best. Melihat penciptaan Tuhan yang selami ini tidak pernah melihat secara dekat. Luas, unik, ganjil, hebat dan berbagai lagi yang terfikir bila masuk ke dalam Gua Tempurung. Itu pun baru level 2. Ada level 3 dan 4 yang belum dikunjungi sebab belum bersedia. 

27 September 2010

20 TAHUN TERPISAH KINI DITEMUKAN.


Inilah pertemuan yang cukup bermakna dan bersejarah buat kami semua. Ilham Resort distinasi pertemuan kami. Dari kiri hadapan, Ibrahim(Busu), Nasharudin, Taufik, Azrol(Singh), Fadhil(Ahcong).
Dari kiri belakang, Mokh(Jr), Mad Deris, Arifin, Saharudin, Hafiz(Jr).  


Turut serta dalam pertemuan ini isteri isteri dan anak anak. (maaf idea xdtg lagi dlm menulis kali ini). Nanti senang2 saya sambung lagi.

18 Ogos 2010

Menumpang Gembira.

Selasa 7 Ramadhan 2010. 830pm. Al hamdulillah dan syukor. Sahabat lama SMAAYUG Ustz Norsham baru mendapat cahaya mata. Taniah buat beliau dan isterinya. Berkat kesabaran mereka Allah mengurniakan 2 puteri (kembar). Sebelum ini saya sering mengikuti perkembangan mereka turut sama menumpang gembira. Saya sempat memberitahu pada kawan2 lama akan berita ini. Macam aku pulak yang baru dapat baby haa..haa. Aku membayangkan Ramadhan ini dan Syawal nanti pasti Ustaz dan isterinya sibuk melayan kerenah ahli baru keluarga mereka. Yang pasti suasana di kampung halaman nanti akan bertukar menjadi riuh rendah memenuhi ruang rumah. Jagan lupa Ustaz, dulu bayar zakat untuk 2 orang tapi kini dah jadi 4 orang. Insya Allah ustaz tak kan lupa tu....Taniah dan Syukor.

15 Ogos 2010

Pesanan Rasulullah yang dilupai muslimah.

Mari semua Bapak2, Emak2, Pakcik Makcik, Suami2, Isteri2, Abang2, Kakak2, Adik2, Kawan2, Jiran2, Ramadhan yang mulia ini mari kita pujuk iman kita. Untuk berubah dan meningkat kan iman dari satu tangga ke satu tangga keatas. Untuk mencari jalan yang lurus. Hanya semata mata kerana Allah dan Rasul.

30 Julai 2010

Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan !."Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh bermakna". Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat bagi 2010 M/1431 H.

29 Julai 2010

RAHSIA AYAT BERULANG2 DLM AL QURAN.

Subhanallah! Mari kita fahami dan mengerti apa yang tersurat dan tersirat dalam Al Quran.

"(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran." (Ibrahim:52).

AL QURAN DAN LAPISAN OZON.

Allahuakhbar!

"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". (Al Baqarah:29)

AL QURAN DAN HUJAN.

Allahuakhbar!

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal". (Ali Imran:190).

"Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya". (Al Hijr:22).

Miracles Of Quran 12 (The Fingerprints)

Subhanallah! Selama ini kita fikir CSI, Forensik,Polis,JPN (Jab.Pendftaran Negara) dan seangkatan dgn nya sangat hebat. Dalam penciptaan dan mempergunakan cap jari manusia sebagai pengenalan identiti. Sebenarnya salah kita (muslim) juga. Kerana semua rahsia dan panduan hidup telah tercatat dalam kitab Al Quran. Kita sering baca tapi tak faham. Faham tapi tak amal. Firman Allah dalm surah Al Qiyaamah (ayat 4) :

"Bukan demikian,sebenarnya kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."

DIBAWAH LAUT ADA SUNGAI.

Subhanallah..Itulah yang mampu di ucapkan bila dapat melihat sendiri. Kebanyakan manusia memang tidak tahu akan wujud sebegini. Orang bukan muslim yang telah menerokai alam sebegini. Ada antara mereka terus mencari dan mengkaji akan kejadian alam sebegini. Akhirnya salah seorang dari mereka telah memeluk Islam. Kajian mereka banyak berpandu pada para cendikawan muslim. Semua ini telah termaktub dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. Seperti Firman Tuhan:

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), dan yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." ( Al Furqan:53)

13 Julai 2010

SELAMAT PEGANTIN BARU.


Buat Siti dan Hidayat, paman ucapkan Selamat Pegantin Baru. Doa kami sekeluarga,semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Selesai sudah tugas aku sebagai photografer pada anak saudara aku di UK (Ulu Kelang). Aku tidak keseorangan pada waktu itu. Adik ipar aku turut membantu menjayakannya. Masing2 dah ada kamera, bila lagi nak berkhidmat.
Hasil kerja kami cukup saya katakan berjaya. Bnyak yg cantik2 untuk kita jadikan kenang kenangan. Siti, paman minta maaf kalau ada yang terkurang. Lebih kurang paman minta halal dunia dan akhirat. Yang baik dan sempurna itu dtg dgn izin Allah. Yang tidak sempurna itu dtg dari paman sendiri.


04 Julai 2010

ANAK DARA.

Ahad lepas pada 4hb Julai 2010, aku ingin melepaskan keinginan Emak aku untuk menziarahi Abang nya (Pak Adau) di Pulau Indah. Dah lama katanya tak tengok 'orang tua' tu. Khabar yang lepas Pak Adau jatuh dari bilik air. Patah tulang peha khabar dari orang sana. Berita ni dah lama dlm 5-6 bulan macam tu. Tapi aku yang tidak berkesempatan untuk membawa Emak menziarahi.
Pada hari itulah dgn izin Tuhan, sampai lah aku dan Emak di Pulau Indah. Waktu hari tu memang disambut dgn hujan selebat lebatnya. Memang musim hujan waktu itu. Sampai shj di rumah Arwah Mak Ngah aku (adik Emak) dgn dibantu abag Aziz (sepupu) untuk menjemput emak ke dalam. Dlam pada menuggu hujan reda, aku teringat di rumah ini ada menyimpan gambar gambar lama. Jadi aku minta pada akak (lupa pulak nama sepupu) untuk dikeluarkan untuk melihat bersama emak. Aku harap dapatlah aku jumpa gambar aku dimasa kecil. Rupa rupanya lain pulak yg jumpa. Tapi lagi menarik buat aku. Apa lagi emak aku sendiri. Gambar lama emak masa anak dara. Kata emak masa itu mungkin dalam umur 15-16 tahun. Aku cukup terharu melihatnya. Aku pun terus 'snap' untuk aku simpan buat tatapan semua pada bila bila masa nanti.
Kalau nak tahu bertocang dua itu lah emak aku. Tak tahu nak ceritakan bagaimana perasaan aku dapat melihat emak aku masa muda muda dulu. Berdiri sebelah emak, emak emak aku (arwah nenek akulah). Dapat juga aku menatapi wajah nenek aku. Memang aku tak pernah melihat wajah nenek aku sebelum ini. Duduk bersama emak, arwah kak ngah (sepupu aku). Berdiri sebelah kanan itulah arwah mak ngah aku, adik emak.

30 Jun 2010

JAWATAN KOSONG UNTUK AKU DAN MEREKA YG WARAS.


Terpanggil aku untuk membaca iklan ini. Aku tersentak di benak aku bahawa mereka ini begitu kreativ untuk mencipta sebegini. Tidak terlintas difikiran aku akan ada iklan sebegini. Berbagai cara dan pendekatan untuk memberi kesedaran bagi mereka yg boleh berfikir. Sememangnya jawatan kosong ini perlu di sisi. Kekosongan ini memang sering terjadi pada setiap waktu. Hanya Seminggu sekali sahaja kita melihat tidak pernah kurangnya mendapat sambutan. Yang sering berlaku kurang nya kita utk memenuhi setiap 5 waktu dlm sehari. 
Solat itu hubungan peribadi manusia dengan Allah, ia umpama bercakap dengan Allah. Solat adalah ibadat yang mula diperkenalkan, sejak zaman Nabi Adam. Bezanya dulu solat cuma 2 waktu (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), sekarang 5 waktu.

Allah sayang kita umat Muhammad, bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Asalnya Allah bagi 50, tapi setelah Nabi Musa nasihat, tinggal 5 waktu – kerana mengikut pengalaman dakwahnya manusia tak mampu siapkan projek 50 waktu solat. Allah kurangkan kontrak dari 50 waktu solat ke 5 waktu tapi bayarannya sama. Allah bagi kita berbagai kontrak seperti solat dan puasa agar kita dapat kedudukan yang tinggi di syurga.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari)

22 Jun 2010

MARI BERDEMONSTRASI HARI HARI.

(Petikan dari cerita sahabat)

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

“Winston from America?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

TANGGUNG JAWAB DITERUSKAN.


Berakhirnya cuti sekolah, muka anak aku dah tak ceria. Yea lah, dah 2 minggu banyak rehat di rumah aje. Sekarang ni pagi2 lagi dah bangun. Kalau naik bas dah tentu dlm pukul 5.30am dah kena kejut. Sekarang ni belum sampai 1 bulan menduduki sekolah baru di Proton City. Seronok dapat sekolah baru. Tengok muka pun ceria masa mula2 masuk ke kelas baru. Serba baru katakan. Dulu menumpang  sekejap di SKTM. Cikgu2 pun tak seronok. Apa lagi budak2 ni. Tapi selagi nama nya budak2 memang tak ada rasa apa pun. Tau suka aje.

Aku cuba pelbagai kan cara penyediaan makan untuk emak aku. Dengan tujuan nak bagi dia berselera bila nak makan. Kali ni aku malas nak masak sayur. Dengan cara yang ringkas aku sediakan beberapa jenis sayur dan aku hiaskan. Walau pun penyediaan sebelum ini sayurnya sama aje tapi dgn anugerah kretiviti dari tuhan, aku cuba olahkan bentuk dan rupa. Biar penyediaan berbeza sedikit. Tidak dinafikan aku sendiri pun berselera. Semenjak kebelakangan ini walau isteri aku pulang dari UM, aku tidak berapa selera makan nasi pada waktu malam. Selera aku kadang2 pada biskut mary campur dgn Kopi radix. Kadang2 aku buat mee segera. Paling tidak pun aku makan seawal 5pm-6pm bersama dgn anak2 aku masa pulang dari sekolah.

FAMILY DAY 2010 - SG KLAH.


 Tak sempat nak sambung cerita pejam kelip..pejam kelip..dah selesai juga akhirnya hari keluarga Juahir ni. Syukur semua succes dan berjaya. Dari mula sukaneka akhirnya berendam air panas di sg klah berjalan lancar seperti dirancangkan. Walau pun terdapt sedikit perubahan namun ia tidak mencacatkan perjumpaan ini. Ditambah pula cuaca yg kadg2 kejap panas kejap hujan. Dari minggu itu sudah perasan setiap ptg mesti hujan. Berdoalah kami semua mgharpkan agar tidak hujan pada ptg itu. Kuasa Tuhan tiada yg mampu utk menghalangnya. Kami disambut dgn hujan setibanya di rumah Homestay. Untuk menceriakan suasana, budak2 lah yg akan memeriahkan pd ptg itu. Sukan yg aku mulakan dgn budak2 lari bawa bola dlm sudu, belajar makan epal. Cukup meriah dikala itu. Disusuli dgn budak2 remaja. Hanya game utk 'parent' shj tidak dpt dijalankan. Tapi tetap juga dapat pd esok nya. Acara akhir, 'Tresure Hunt' ke Sg.Klah.
Akhir kata untuk penutupan majlis itu, Abag Ali (biras aku) mempelawa semua keluarga Juahir untuk menyambung semula aktiviti 'Family Day' utk tahun depan di kawasan rumah beliau (lupa lak apa tmpt dia). Yeaa!... kami semua bersorak bagaikan baru selesai menyerahkan obor sukan olimpik utk diserahkan kpd 'tuan rumah' pada tahun depan..

26 Mei 2010

MOGA HARI KELUARGA TERLAKSANA

Pada 12hb Jun 2010 ini, perhimpunan keluarga Juahir akan berlansung. Perancangan demi perancangan telah dibuat maka kata putus terjawab sudah. Bertempat di Aman Homestay dan aktiviti riadah bertempat di Kolam Air Panas Sg.Klah. Bersambung.......... 

31 Mac 2010

JOM KITA BERENDAM AIR PANAS.

Dalam perancangan untuk hari keluarga Juahir. Pada Sabtu 10hb April 2010 bertempat di Air Panas Sg.Klah. Tempat tinggal jgn risau. Paling tidak boleh diri khemah ha.haa..(mcm buat kem bina semangat lah pulak). Malam minggu kita buat BBQ. Kita cari ikan lebih sikit kat Sekinchan. Mana nak buat honeymoon sekali lagi boleh tempah 'Private Jakuzzi'. Best niee.. Jom..jom pergi wahai warga Juahir.

30 Mac 2010

THE BIGGEST LOSER

SMS diterima: "Kayuhan dlm sejarah..Esk ahad 28hb Mar 2010, jam 7.30am, dpn masjid proton city. Kayuh P.City-Slim village-Slim River-P.City". Maka berkumpul lah kami semua di hadapan masjid Proton City. Seramai 7 orang tlh mmberi respon positif dan hadir. Rupa2nya yg jadi hari ini kayuhan dalam sejarah ialah Taufik (KMP) nie...Baru 'join the club'. Tak pernah pergi sejauh 64km. Nasib baik ada pengapit kiri dan kanan ini yg banyk membantu pada pagi itu.

29 Mac 2010

"KUN FAYAKUN".

Al-Hamdulillah! Syukur kita semua kpd Allah, kerana segala ikhtiar oleh Ustaz Norsyam dan Isterinya untuk memiliki cahaya mata termakbul. Katanya sekarang ini nak masuk bulan yg ke4. Bukan seorang tapi KEMBAR. Saya yg duduk jauh ni menumpang gembira dan terasa bagaimana senyum besarnya mereka berdua. Mari sahabat2 semua kita teruskan berdoa untuk ustaz dan isterinya agar sihat dan selamat diakhir penantian nanti. “Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah, Maka terjadilah ia.Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ” [ Surah yassin 82:83 ]

23 Mac 2010

JEJAK KASIH EMBAH RASHID (S'BAYA-M'SIA)

Bertitik tolak pertemuan rombongan dari Malaysia ke Jokjakarta pada 2tahun sudah (ingat2 lupa) selama satu minggu disana. Seterusnya saya dan family pula mengambil kesempatan dari seminar isteri saya di Surabaya untuk berjumpa dan berkenalan dan kini pada 20hb Mac 2010 bertempat di rumah Kak Long di Johor satu pertemuan dari Surabaya berlansung. Kami berasa syukur pertemuan ini berjalan dgn lancar. Hampir 1 bulan awal perancangan ini dibincangkan sesama keluarga untuk menjemput dan memeriahkan tetamu dari Surabaya. Antara yg dapat hadir Emak & Bapak merua, Lik Sarah, wakil keluarga Kak Nyok, Kak Atan, Pak Dori, Pak Salleh, Pak Toha dan tak lupa juga tuan rumah Kak Long yang banyak membantu dlm pertemuan ini. Insay Allah kami telah berbincang sesama keluarga akan turun semula ke Surabaya dan perjalanan2 yang lain pada 10hb Dec 2010 nanti. Mudah mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi.

19 Februari 2010

MARI MEMBANTU PRODUK MUSLIM.

Cuti raya cina yg lalu kami sekeluarga bercuti ke Melaka. Tidak banyak tempat untuk di lawati waktu itu. Ini kerana semua jalan untuk masuk ke temapat lawatan melalui Air Keroh dipenuhi kenderaan. Kami tiada pilihan lain hanya terus masuk ke resort. Sebelum itu selepas dari membayar tol aku terus memilih jalan ke arah Pasaraya Mydin untuk mencapaikan matlamat utama ke Melaka. Makan tengahari bersama keluarga di Restoran RFC. Salah satu produk HPA yang popular ketika ini. Daripada kita memilih makan KFC lebih baik kita makan produk jenama kita (produk Muslim) RFC.

11 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010.

A'kum kpd kwn2 semua yg sempat dan sudi melawati blog ini. Minta maaf jika tidak terdapat banyak perubahan di dalam blog ini. Kerana pada tahun ini 2010 anak sulung saya baru memasuki alam persekolahan di dalam darjah 1. Bukan anak sahaja yang mengalami kejutan budaya tetapi ibu bapa sekali terkejut juga. Tambahan pula dlm tahun ini juga kami telah berpindah semula ke rumah asal di Tanjung Malim. Anak pun sudah mendaftar di Sek.Keb.Tg.Malim dan dlm 2 bulan lagi pindah semula ke sekolah baru di Proton City. Mungkin ramai yg bertanya kenapa ke Tg.Malim? Begini,Isteri saya akan habis belajar dlm 6 bulan lagi dan akan mengajar di Tg.Malim. Itulah cerita pendek nya. Terasa juga makin jauh dengan kawan2. Terutama sekali kawan2 Gadong. Susah sikit untuk buat perancangan untuk sebarang perjumpaan. Takut nanti kita merancang tapi tidak dpt hadir. Tak seronok kan. Hari itu dlm sibuk2 terkejar sana terkejar sini Ustaz Sham ada menghubungi saya. Ustaz baru semalam masuk ke Hospital di Kota D'sara untuk rawatan susulan beliau. Rasa terkilan tidak dpt menziarahi beliau. Yang mampu hanya sms pd kwn2 utk menyampaikan berita tersebut. Jadi pada kwn2 yg melalaui jln ke Utara atau ke Selatan tuu singah2 lah ke Tg.Malim ni..Wasalam.

19 November 2009

JEJAK KASIH 3.

Alhamdulillah. Syukor kpd Tuhan usaha jejak kasih terus berjalan lancar. Kali ini aku dpt berjumpa Norsham. Dulu2 zaman gadong kita org panggil sham bayai tapi kali ni kena tukarlah. Sekarang ni kena panggil Ustaz. Beliau skrg dh mengajar kat sekolah. Beliau juga mampu berniaga bersama isteri beliau di Kuala Pilah. Kpd kengkawn yg hendak mencari pakaian bundle boleh terus menghubungi beliau. Aku pun minat juga pakaian macam ni. Kena pulak kawan kita yg berniaga mesti ustaz boleh bagi yg best punyaa! Kepada kawan2 yg mengenali Ustaz Norsham, mari kita semua doakan bersama apa yang beliau usahakan sebelum ini dan akan datang agar terus diperkenan dan diberkati oleh Allah S.W.T. AMIN.

02 November 2009

JEJAK KASIH 2

Kali ini jejak kasih utk kali ke-2 aku tlh bertemu dgn Ibrahim (Busu) di Shah Alam. Tlh sekian lama tidk bertemu. Sememangnya Allah tlh membantu dlm usaha dan niat aku utk mencari sahabat lama Gadong utk sesi 88-89 utk mengeratkan kembali siratulrahim yg sekian lama terputus. Dari Adzrul kini ke Ibrahim aku masih terus mencari lagi. Kini Ibrahim tlh memberi aku beberapa sahabat lama utk aku simpan. Aku tidak membuang masa lalu aku terus menghubungi sahabat2 tadi. Antaranya Norsham (Bayai) dan Nasharuddin (Nash) yg dpt aku hubungi. Yang lain2 tidak menjawab pangilan aku. Gembiranya aku dpt mendengar suara2 mereka. Nampaknya langkah aku kian panjang. Dari seorang ke seorang dapat aku temui. InsyaAllah suatu hari nanti akan ditemukan semua. Mari kita berdoa bersama2 dan sama2 kita membantu pencarian ini. Amin. Dibawah ini ada beberapa no tel sahabat2 utk rujukan kita bersama: ADZRUL (singh) 012-6291520, ARIFIN (epin) 019-6747476, FAIZAL 012-3751735, IBRAHIM (busu) 012-3315212, MAD DERIS 010-2669104/014-2355157, NASHARUDDIN (nash) 017-6808802, SHAHARUDIN (din jawa) 012-3146502, NORSHAM (bayai) 017-2139686 & FIKRI 019-2463254. Terbaru: SALWA 012-6584759, AZMI MAJID 017-6826205.

23 Oktober 2009

BEZA DULU DAN SEKARANG.

Perhatikan antara gambar ini dan dibawah. Bezanya dulu dan sekarang.

JEJAK KASIH (SIRI GADONG)

Dengan izin Allah aku dapat bertemu dgn Adzrul (class mate 88-89) di KLIA. Pada waktu tu memang bercerita panjang. Kisah2 lama keluar kembali. Tapi aku rasa masih tak puas lagi di kala itu. Masih mencari ruang waktu di hari lain. Aku berterima kasih pada Adzrul kerana sudi meluangkan masa walaupun di waktu itu dia 'off duty'. Tak sangka dah 11 tahun Adzrul bekerja di KLIA. Katanya ada 2-3 budak2 gadong bekerja dekat area KLIA. Harap2 suatu hari nanti dpt diketemukan. Aku masih cam lagi muka Adzrul tapi dia kata kat aku, kalau berselisih pun dia tak akan cam muka aku yg bnyk berubah. Yea ke?

11 Oktober 2009

MANUSIA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN.

Seronok rasanya dapat balik ke kampung (Chuah/Port Dickson) pd hujung minggu lepas. Dapat bercuti dgn keluarga. Walaupun dgn jadual yg padat namun tak semua yg dirancang menjadi. Ini kerana cuti yg kami ambil turut berkongsi bersama dengan pengundi2 dan penyokong2 yg memenuhi setiap tempat dari Bagan Pinang hingga ke Teluk Kemang. Pada asalnya memang tak tahu pun pd tarikh yg sama. Baru sedar di saat2 akhir,cuba menghubungi pihak hotel dengan tujuan utk menukar tarikh kami seminggu awal. Namun tarikh tersebut telah penuh. Perancangn telah dibuat. Teruskan sahaja sebab dah berjanji dgn anak2 nak tidur hotel & mandi laut. Itulah selalu disebut2 3 minggu sebelum bertolak. Perancangan kami, dari Sri D'sara terus ke Siliau tempat Kak Ngah selepas itu terus ke Hotel utk cek in,kemudian keluar semula terus ke Bandar Sunggala. Disini ada lebih kurang 4 buah rumah (Kak Fadilah,Kak Ngah,Kak Timah & Kak Tipah) keluaga utk kami singgah, kemudian terus pula ke Teluk Kemang. Di sini ada Abang Zul & kak Rohana. Keluar dari situ terus pula ke bt.9 Taman Intan. Rumah Abg Wahid,Abbas & Kak Norliah. Diantara waktu ni mmg perancgn utk jumpa Kawan lama dari Sekolah lama dulu Ulu Gadong. Aris (adik Adzrul) di Ilham Hotel dan Mohd Idris di rumahnya. Untuk esok memang aku khususkan untuk anak2 shj. Daanish & Adam nak mandi laut puas2. Kalau ada kesempatan waktu itu aku akn berjumpa dgn Adzrul (Class mate Gadong). Namun manusia ni hanya mampu merancang Tuhan shj yg menentukan. Kebanyakan tidak menjadi. Perancangn ke Teluk Kemang & Tamn Intan termasuk juga Ilham Hotel semuanya tidak kesampaian. Ini kerana jalan utk ke sana tidak mampu aku tempuh. Telah berlaku kesesakan yang melampau. Telah dipenuhi oleh pengundi2, penyokong2, pelancong2 dan saki bakinya orang2 yg sama niatnya mcm aku ni utk beraya ke rumah keluarga. Tuhan maha menentukan. Pd esoknya pula anak2 aku tidak dpt bermandi manda dgn puas di laut ini kerana hujan telah turun di waktu kami sdg bersantai. Isteriku buat keputusan utk ke kolam kecil shj yg terletak di dlm hotel tmpt kami menginap. Selepas itu tiada perancangn lain hanya menunggu masa utk cek out shj. Perancangan kami ke Chuah berjalan dgn lancar. Dapat juga aku jumpa Saharuddin (Classmet Gadong) di Kampung Sawah. Ni no nya (Saharuddin 0123146502).

27 September 2009

SEKITAR BARAAN.

Mungkin ada antara kita yg tak tahu apa itu baraan? Tambah lagi bukan darah jawa. Aku ni tahu sbb dah khawin dgn org jawa. Taulah sikit2 sbb kt kg pun dh ada pendedahan. Baraan ni mcm ziarah rumah ke rumah sekitar yg tlh di tentukan.Biasanya AJK akan berbincang secara ringkas utk mengatur anak2 buah sebelum bergerak. Baraan ni biasanya berjln pd raya ke 2 atau ke 3 dan terbahagi kpd 2 bahagian iaitu lelaki (lanang) dan perempuan (wedok). Yg mn bakar mercun tu bukan budaya dia org pun tapi terikut2 rentak budak2 nakal. Itulah serba sedikit yg aku tahu.

ZIARAH MAD BUSU.

Kelmarin dgn izin Allah aku sempat juga ziarah Mad Busu (Mad Deris PiMai2 Tangtu)di rumahnya di Klang. Baru dpt tahu bru keluar dri PPUM. Kt PPUM dlm buln puasa hari tu sempat juga aku dtg ziarah beliau di Wad 5/36 bersama dgn emak aku. Penyakit Strok yg beliau hadapi tidk seteruk mn. Syukur Alhamdulillah. Dengr khabar dri doctor pakar Strok Insya Allah Abng Mad Busu (Abng Teh) boleh jln dlm seminggu dua lagi. Kami sekeluarga mendoakan agar Abng Teh cepat sembuh.

26 September 2009

1 SYAWAL 1430H/2009

Kami ucapkan selamat Hari Raya kpd semua ahli keluarga yang jauh dan dekat, tak lupa juga rakan taulan yang mengenali dari kecik hingga lah dah besau ni ha..Halalkan makan dan minum serta Maafkan kami zahir dan Batin. Akhir kata eratkan siratulrahim antara kita.

18 September 2009

ANAK SULONGKU.

2003, Lahirlah seorang khalifah dimuka bumi ini. Mohd Daanish Haikal nama telah di beri. Inilah hari dia mula2 dpt kaki.

ADA JODOH TAK KEMANA.

KENANGAN BERSAMA AYAHDA DAN BONDA.

1st June,2002. Aku selamt di ijab kabulkan dgn pasangan pilihan ku sendiri. Kata orang bagai pinang di belah dua katanya. Inilah ketentuan Allah. Aku terima dengan redha.

17 September 2009

TIAP TIAP HARI MASUK HOSPITAL

1997, Aku terus berkhidmat di bahagian finance. Jaga dan pegang duitlah kira2nya tapi duit orang. Seronok kerja kt sini. Kawan2 ramai. Nurse pun ramai, yang baru masuk masih dlm latihan duit elaun dia orang aku lah yg jaga. Tiap minggu aku lah kena kejar dgn dia orang.

MASUK ISTANA.

Ada rezeki tak kemana. Dapat juga bertugas sekejap di Istana Negara. Majlis pernikahan cucunda Sultan. Masa tu Harun Din yg bertugas bahagian hal2 agama di istana. Sekarang ni adiknya Hasan Din.