11 Oktober 2009

MANUSIA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN.

Seronok rasanya dapat balik ke kampung (Chuah/Port Dickson) pd hujung minggu lepas. Dapat bercuti dgn keluarga. Walaupun dgn jadual yg padat namun tak semua yg dirancang menjadi. Ini kerana cuti yg kami ambil turut berkongsi bersama dengan pengundi2 dan penyokong2 yg memenuhi setiap tempat dari Bagan Pinang hingga ke Teluk Kemang. Pada asalnya memang tak tahu pun pd tarikh yg sama. Baru sedar di saat2 akhir,cuba menghubungi pihak hotel dengan tujuan utk menukar tarikh kami seminggu awal. Namun tarikh tersebut telah penuh. Perancangn telah dibuat. Teruskan sahaja sebab dah berjanji dgn anak2 nak tidur hotel & mandi laut. Itulah selalu disebut2 3 minggu sebelum bertolak. Perancangan kami, dari Sri D'sara terus ke Siliau tempat Kak Ngah selepas itu terus ke Hotel utk cek in,kemudian keluar semula terus ke Bandar Sunggala. Disini ada lebih kurang 4 buah rumah (Kak Fadilah,Kak Ngah,Kak Timah & Kak Tipah) keluaga utk kami singgah, kemudian terus pula ke Teluk Kemang. Di sini ada Abang Zul & kak Rohana. Keluar dari situ terus pula ke bt.9 Taman Intan. Rumah Abg Wahid,Abbas & Kak Norliah. Diantara waktu ni mmg perancgn utk jumpa Kawan lama dari Sekolah lama dulu Ulu Gadong. Aris (adik Adzrul) di Ilham Hotel dan Mohd Idris di rumahnya. Untuk esok memang aku khususkan untuk anak2 shj. Daanish & Adam nak mandi laut puas2. Kalau ada kesempatan waktu itu aku akn berjumpa dgn Adzrul (Class mate Gadong). Namun manusia ni hanya mampu merancang Tuhan shj yg menentukan. Kebanyakan tidak menjadi. Perancangn ke Teluk Kemang & Tamn Intan termasuk juga Ilham Hotel semuanya tidak kesampaian. Ini kerana jalan utk ke sana tidak mampu aku tempuh. Telah berlaku kesesakan yang melampau. Telah dipenuhi oleh pengundi2, penyokong2, pelancong2 dan saki bakinya orang2 yg sama niatnya mcm aku ni utk beraya ke rumah keluarga. Tuhan maha menentukan. Pd esoknya pula anak2 aku tidak dpt bermandi manda dgn puas di laut ini kerana hujan telah turun di waktu kami sdg bersantai. Isteriku buat keputusan utk ke kolam kecil shj yg terletak di dlm hotel tmpt kami menginap. Selepas itu tiada perancangn lain hanya menunggu masa utk cek out shj. Perancangan kami ke Chuah berjalan dgn lancar. Dapat juga aku jumpa Saharuddin (Classmet Gadong) di Kampung Sawah. Ni no nya (Saharuddin 0123146502).

Tiada ulasan: