18 Ogos 2010
Menumpang Gembira.
Selasa 7 Ramadhan 2010. 830pm. Al hamdulillah dan syukor. Sahabat lama SMAAYUG Ustz Norsham baru mendapat cahaya mata. Taniah buat beliau dan isterinya. Berkat kesabaran mereka Allah mengurniakan 2 puteri (kembar). Sebelum ini saya sering mengikuti perkembangan mereka turut sama menumpang gembira. Saya sempat memberitahu pada kawan2 lama akan berita ini. Macam aku pulak yang baru dapat baby haa..haa.
Aku membayangkan Ramadhan ini dan Syawal nanti pasti Ustaz dan isterinya sibuk melayan kerenah ahli baru keluarga mereka. Yang pasti suasana di kampung halaman nanti akan bertukar menjadi riuh rendah memenuhi ruang rumah. Jagan lupa Ustaz, dulu bayar zakat untuk 2 orang tapi kini dah jadi 4 orang. Insya Allah ustaz tak kan lupa tu....Taniah dan Syukor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan