Dalam perancangan untuk hari keluarga Juahir. Pada Sabtu 10hb April 2010 bertempat di Air Panas Sg.Klah. Tempat tinggal jgn risau. Paling tidak boleh diri khemah ha.haa..(mcm buat kem bina semangat lah pulak). Malam minggu kita buat BBQ. Kita cari ikan lebih sikit kat Sekinchan. Mana nak buat honeymoon sekali lagi boleh tempah 'Private Jakuzzi'. Best niee.. Jom..jom pergi wahai warga Juahir.
31 Mac 2010
JOM KITA BERENDAM AIR PANAS.
Dalam perancangan untuk hari keluarga Juahir. Pada Sabtu 10hb April 2010 bertempat di Air Panas Sg.Klah. Tempat tinggal jgn risau. Paling tidak boleh diri khemah ha.haa..(mcm buat kem bina semangat lah pulak). Malam minggu kita buat BBQ. Kita cari ikan lebih sikit kat Sekinchan. Mana nak buat honeymoon sekali lagi boleh tempah 'Private Jakuzzi'. Best niee.. Jom..jom pergi wahai warga Juahir.
30 Mac 2010
THE BIGGEST LOSER
SMS diterima: "Kayuhan dlm sejarah..Esk ahad 28hb Mar 2010, jam 7.30am, dpn masjid proton city. Kayuh P.City-Slim village-Slim River-P.City". Maka berkumpul lah kami semua di hadapan masjid Proton City. Seramai 7 orang tlh mmberi respon positif dan hadir.
Rupa2nya yg jadi hari ini kayuhan dalam sejarah ialah Taufik (KMP) nie...Baru 'join the club'. Tak pernah pergi sejauh 64km. Nasib baik ada pengapit kiri dan kanan ini yg banyk membantu pada pagi itu.
29 Mac 2010
"KUN FAYAKUN".
Al-Hamdulillah! Syukur kita semua kpd Allah, kerana segala ikhtiar oleh Ustaz Norsyam dan Isterinya untuk memiliki cahaya mata termakbul. Katanya sekarang ini nak masuk bulan yg ke4. Bukan seorang tapi KEMBAR. Saya yg duduk jauh ni menumpang gembira dan terasa bagaimana senyum besarnya mereka berdua. Mari sahabat2 semua kita teruskan berdoa untuk ustaz dan isterinya agar sihat dan selamat diakhir penantian nanti. “Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah, Maka terjadilah ia.Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ”
[ Surah yassin 82:83 ]
23 Mac 2010
JEJAK KASIH EMBAH RASHID (S'BAYA-M'SIA)
19 Februari 2010
MARI MEMBANTU PRODUK MUSLIM.
11 Januari 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010.
A'kum kpd kwn2 semua yg sempat dan sudi melawati blog ini. Minta maaf jika tidak terdapat banyak perubahan di dalam blog ini. Kerana pada tahun ini 2010 anak sulung saya baru memasuki alam persekolahan di dalam darjah 1. Bukan anak sahaja yang mengalami kejutan budaya tetapi ibu bapa sekali terkejut juga. Tambahan pula dlm tahun ini juga kami telah berpindah semula ke rumah asal di Tanjung Malim. Anak pun sudah mendaftar di Sek.Keb.Tg.Malim dan dlm 2 bulan lagi pindah semula ke sekolah baru di Proton City.
Mungkin ramai yg bertanya kenapa ke Tg.Malim? Begini,Isteri saya akan habis belajar dlm 6 bulan lagi dan akan mengajar di Tg.Malim. Itulah cerita pendek nya.
Terasa juga makin jauh dengan kawan2. Terutama sekali kawan2 Gadong. Susah sikit untuk buat perancangan untuk sebarang perjumpaan. Takut nanti kita merancang tapi tidak dpt hadir. Tak seronok kan. Hari itu dlm sibuk2 terkejar sana terkejar sini Ustaz Sham ada menghubungi saya. Ustaz baru semalam masuk ke Hospital di Kota D'sara untuk rawatan susulan beliau. Rasa terkilan tidak dpt menziarahi beliau. Yang mampu hanya sms pd kwn2 utk menyampaikan berita tersebut.
Jadi pada kwn2 yg melalaui jln ke Utara atau ke Selatan tuu singah2 lah ke Tg.Malim ni..Wasalam.
19 November 2009
JEJAK KASIH 3.
02 November 2009
JEJAK KASIH 2
23 Oktober 2009
JEJAK KASIH (SIRI GADONG)
11 Oktober 2009
MANUSIA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN.
Seronok rasanya dapat balik ke kampung (Chuah/Port Dickson) pd hujung minggu lepas. Dapat bercuti dgn keluarga. Walaupun dgn jadual yg padat namun tak semua yg dirancang menjadi. Ini kerana cuti yg kami ambil turut berkongsi bersama dengan pengundi2 dan penyokong2 yg memenuhi setiap tempat dari Bagan Pinang hingga ke Teluk Kemang. Pada asalnya memang tak tahu pun pd tarikh yg sama. Baru sedar di saat2 akhir,cuba menghubungi pihak hotel dengan tujuan utk menukar tarikh kami seminggu awal. Namun tarikh tersebut telah penuh. Perancangn telah dibuat. Teruskan sahaja sebab dah berjanji dgn anak2 nak tidur hotel & mandi laut. Itulah selalu disebut2 3 minggu sebelum bertolak.
Perancangan kami, dari Sri D'sara terus ke Siliau tempat Kak Ngah selepas itu terus ke Hotel utk cek in,kemudian keluar semula terus ke Bandar Sunggala. Disini ada lebih kurang 4 buah rumah (Kak Fadilah,Kak Ngah,Kak Timah & Kak Tipah) keluaga utk kami singgah, kemudian terus pula ke Teluk Kemang. Di sini ada Abang Zul & kak Rohana. Keluar dari situ terus pula ke bt.9 Taman Intan. Rumah Abg Wahid,Abbas & Kak Norliah. Diantara waktu ni mmg perancgn utk jumpa Kawan lama dari Sekolah lama dulu Ulu Gadong. Aris (adik Adzrul) di Ilham Hotel dan Mohd Idris di rumahnya. Untuk esok memang aku khususkan untuk anak2 shj. Daanish & Adam nak mandi laut puas2. Kalau ada kesempatan waktu itu aku akn berjumpa dgn Adzrul (Class mate Gadong).
Namun manusia ni hanya mampu merancang Tuhan shj yg menentukan. Kebanyakan tidak menjadi. Perancangn ke Teluk Kemang & Tamn Intan termasuk juga Ilham Hotel semuanya tidak kesampaian. Ini kerana jalan utk ke sana tidak mampu aku tempuh. Telah berlaku kesesakan yang melampau. Telah dipenuhi oleh pengundi2, penyokong2, pelancong2 dan saki bakinya orang2 yg sama niatnya mcm aku ni utk beraya ke rumah keluarga. Tuhan maha menentukan. Pd esoknya pula anak2 aku tidak dpt bermandi manda dgn puas di laut ini kerana hujan telah turun di waktu kami sdg bersantai. Isteriku buat keputusan utk ke kolam kecil shj yg terletak di dlm hotel tmpt kami menginap. Selepas itu tiada perancangn lain hanya menunggu masa utk cek out shj.
Perancangan kami ke Chuah berjalan dgn lancar. Dapat juga aku jumpa Saharuddin (Classmet Gadong) di Kampung Sawah. Ni no nya (Saharuddin 0123146502).
27 September 2009
SEKITAR BARAAN.
ZIARAH MAD BUSU.
Kelmarin dgn izin Allah aku sempat juga ziarah Mad Busu (Mad Deris PiMai2 Tangtu)di rumahnya di Klang. Baru dpt tahu bru keluar dri PPUM. Kt PPUM dlm buln puasa hari tu sempat juga aku dtg ziarah beliau di Wad 5/36 bersama dgn emak aku.
Penyakit Strok yg beliau hadapi tidk seteruk mn. Syukur Alhamdulillah. Dengr khabar dri doctor pakar Strok Insya Allah Abng Mad Busu (Abng Teh) boleh jln dlm seminggu dua lagi. Kami sekeluarga mendoakan agar Abng Teh cepat sembuh.
26 September 2009
1 SYAWAL 1430H/2009
18 September 2009
ANAK SULONGKU.
KENANGAN BERSAMA AYAHDA DAN BONDA.
17 September 2009
TIAP TIAP HARI MASUK HOSPITAL
MASUK ISTANA.
AL-FATHIHAH..
01 September 2009
BERSIAP SEBELUM KE JEPUN.
30 Ogos 2009
SELAMATKAN PALESTIN.
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)
Ramadhan Dalam Kenangan Di Gadong.
Saya pun nak kongsi pengalamn dlm bln puasa mcm Adiey kita kt blognya. Tempat jatuh lagi dikenang kata orang, apa lagi kita yg merasa. Memang ingat sampai mati.
Bila cakap aje Ramadhan di Gadong mula2 aku memang ingat part ni dulu, pagi2 buta dlm 4 pagi mcm tu dia org dh pukul tray bosi nk kejutkan kengkawan konon. Tapi memang berhasil. Kalau dah pukul tray bosi tu samapai ke bilik mau tak bangun.
nnti sambung lagi nak buka posa dulu..
Adiey cakap kerang rebus kedai ded memng nostalgia tu dtg balik. Masa tu semuanya sedap. Mkan tepi pagar pun jadi. Malm ada team mncari susu. nak buat teh tarik. Masa berbuka ikan jaket (cencaru) pasti ada.
Bulan Ramadhan paling sibuk mendpat jemputan kenduri & bertarawih. Maklumlah sekolah anak yatim. Mana yg bukan yatim tu menumpang tuah ajelah.
Lagi satu adalah satu masa tu org bersedekah pakaian terpakai. Berebutlah kita semua mengalahkan anak yatim pulak.
07 Ogos 2009
DARI DARAT KE LAUT.
ALAM REMAJA.
03 Ogos 2009
WALIMATUL URUS.
BERSAMA DI PUNCAK.
ROCK + USTAZZ..
TIGA ABDUL..
SEKAMPUNG..
31 Julai 2009
LAST DAY ON FINAL EXAM 1989.
30 Julai 2009
JANJI 'SNAP'...
28 Julai 2009
1988..Ustaz Hasan bersara.
Aku sebenarnya dah hampir lupa nama kengkawn aku ni. Tenung punya tenung keluar satu demi satu nama kwn2 aku ni. Itu pun klu tk silap...dari kira Jeme, Hamzah (arwah), Roy (sing), Bayai, Ustaz, Aku, Nasha. Belakang kiri Aripin, yg ni lupa sbb masuk fom 5 dia dh cabut, ni bdk kelas geografi pun lupa lk sebab pernh dulu bergurau2. Entah mcm mn jari yg limanya hinggp kt muka aku. Apa lagi berpinau lh..terus aku lupa namanya..hee..hee. Yg ni kwn kg aku din jawa & akhir sekali maaf pun lupa.
MEMORI GUNUNG DATUK..1988
16 Julai 2009
KITAB 37..
Tanpaku sedar aku baru dikejutkan dari lamunan.
Mencari sesuatu yg pernah digenggam.
Ia bukan hilang tapi tidak dicari dgn mata hati.
Pada Mu bukan paksaan.
Ia akan jadi lalai dan leka.
Pasti kita rugi dan membinasakan diri sendiri.
Di akhir kitab 36 ini Tuhan masih sayang kpd ku.
Akan ku akhiri dengan kalam suci untuk di kaji.
Ku sambut dengan tabah agar hati ini tidak berbolak balik.
Ku tunggu nanti.
18 July kitab baru di terima.
Ku mulakan dengan catatan Basmallah.
Akan ku akhiri nanti dengan keredhaan Ilahi.
Semalamnya banyak untuk ku perindahkan untuk esok.
Ku kejar masa muda ini sebelum tua.
Ku akhiri dengan tiada upaya melainkan kehendak Ilahi..
Kau membimbing ku dgn perantaraan
Apakah daya ini untuk melawannya,
Antara hak dan bathil.
Aku masih mencari petunjuk itu.
15 Julai 2009
BUKAN PANTUN BUKAN SELOKA.
Langgan:
Catatan (Atom)






