Pada 12hb Jun 2010 ini, perhimpunan keluarga Juahir akan berlansung. Perancangan demi perancangan telah dibuat maka kata putus terjawab sudah. Bertempat di Aman Homestay dan aktiviti riadah bertempat di Kolam Air Panas Sg.Klah. Bersambung.......... 

Dalam perancangan untuk hari keluarga Juahir. Pada Sabtu 10hb April 2010 bertempat di Air Panas Sg.Klah. Tempat tinggal jgn risau. Paling tidak boleh diri khemah ha.haa..(mcm buat kem bina semangat lah pulak). Malam minggu kita buat BBQ. Kita cari ikan lebih sikit kat Sekinchan. Mana nak buat honeymoon sekali lagi boleh tempah 'Private Jakuzzi'. Best niee.. Jom..jom pergi wahai warga Juahir.
SMS diterima: "Kayuhan dlm sejarah..Esk ahad 28hb Mar 2010, jam 7.30am, dpn masjid proton city. Kayuh P.City-Slim village-Slim River-P.City". Maka berkumpul lah kami semua di hadapan masjid Proton City. Seramai 7 orang tlh mmberi respon positif dan hadir.
Rupa2nya yg jadi hari ini kayuhan dalam sejarah ialah Taufik (KMP) nie...Baru 'join the club'. Tak pernah pergi sejauh 64km. Nasib baik ada pengapit kiri dan kanan ini yg banyk membantu pada pagi itu.
Al-Hamdulillah! Syukur kita semua kpd Allah, kerana segala ikhtiar oleh Ustaz Norsyam dan Isterinya untuk memiliki cahaya mata termakbul. Katanya sekarang ini nak masuk bulan yg ke4. Bukan seorang tapi KEMBAR. Saya yg duduk jauh ni menumpang gembira dan terasa bagaimana senyum besarnya mereka berdua. Mari sahabat2 semua kita teruskan berdoa untuk ustaz dan isterinya agar sihat dan selamat diakhir penantian nanti. “Jika Allah sudah berkata ‘Kun Fayakun’, jadilah, Maka terjadilah ia.Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya Segala Kekuasaan,Kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan ”
[ Surah yassin 82:83 ]
Kelmarin dgn izin Allah aku sempat juga ziarah Mad Busu (Mad Deris PiMai2 Tangtu)di rumahnya di Klang. Baru dpt tahu bru keluar dri PPUM. Kt PPUM dlm buln puasa hari tu sempat juga aku dtg ziarah beliau di Wad 5/36 bersama dgn emak aku.
Penyakit Strok yg beliau hadapi tidk seteruk mn. Syukur Alhamdulillah. Dengr khabar dri doctor pakar Strok Insya Allah Abng Mad Busu (Abng Teh) boleh jln dlm seminggu dua lagi. Kami sekeluarga mendoakan agar Abng Teh cepat sembuh.
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)