22 Jun 2010

TANGGUNG JAWAB DITERUSKAN.


Berakhirnya cuti sekolah, muka anak aku dah tak ceria. Yea lah, dah 2 minggu banyak rehat di rumah aje. Sekarang ni pagi2 lagi dah bangun. Kalau naik bas dah tentu dlm pukul 5.30am dah kena kejut. Sekarang ni belum sampai 1 bulan menduduki sekolah baru di Proton City. Seronok dapat sekolah baru. Tengok muka pun ceria masa mula2 masuk ke kelas baru. Serba baru katakan. Dulu menumpang  sekejap di SKTM. Cikgu2 pun tak seronok. Apa lagi budak2 ni. Tapi selagi nama nya budak2 memang tak ada rasa apa pun. Tau suka aje.

Aku cuba pelbagai kan cara penyediaan makan untuk emak aku. Dengan tujuan nak bagi dia berselera bila nak makan. Kali ni aku malas nak masak sayur. Dengan cara yang ringkas aku sediakan beberapa jenis sayur dan aku hiaskan. Walau pun penyediaan sebelum ini sayurnya sama aje tapi dgn anugerah kretiviti dari tuhan, aku cuba olahkan bentuk dan rupa. Biar penyediaan berbeza sedikit. Tidak dinafikan aku sendiri pun berselera. Semenjak kebelakangan ini walau isteri aku pulang dari UM, aku tidak berapa selera makan nasi pada waktu malam. Selera aku kadang2 pada biskut mary campur dgn Kopi radix. Kadang2 aku buat mee segera. Paling tidak pun aku makan seawal 5pm-6pm bersama dgn anak2 aku masa pulang dari sekolah.

Tiada ulasan: