30 Jun 2010

JAWATAN KOSONG UNTUK AKU DAN MEREKA YG WARAS.


Terpanggil aku untuk membaca iklan ini. Aku tersentak di benak aku bahawa mereka ini begitu kreativ untuk mencipta sebegini. Tidak terlintas difikiran aku akan ada iklan sebegini. Berbagai cara dan pendekatan untuk memberi kesedaran bagi mereka yg boleh berfikir. Sememangnya jawatan kosong ini perlu di sisi. Kekosongan ini memang sering terjadi pada setiap waktu. Hanya Seminggu sekali sahaja kita melihat tidak pernah kurangnya mendapat sambutan. Yang sering berlaku kurang nya kita utk memenuhi setiap 5 waktu dlm sehari. 
Solat itu hubungan peribadi manusia dengan Allah, ia umpama bercakap dengan Allah. Solat adalah ibadat yang mula diperkenalkan, sejak zaman Nabi Adam. Bezanya dulu solat cuma 2 waktu (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), sekarang 5 waktu.

Allah sayang kita umat Muhammad, bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Asalnya Allah bagi 50, tapi setelah Nabi Musa nasihat, tinggal 5 waktu – kerana mengikut pengalaman dakwahnya manusia tak mampu siapkan projek 50 waktu solat. Allah kurangkan kontrak dari 50 waktu solat ke 5 waktu tapi bayarannya sama. Allah bagi kita berbagai kontrak seperti solat dan puasa agar kita dapat kedudukan yang tinggi di syurga.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan: