Ahad lepas pada 4hb Julai 2010, aku ingin melepaskan keinginan Emak aku untuk menziarahi Abang nya (Pak Adau) di Pulau Indah. Dah lama katanya tak tengok 'orang tua' tu. Khabar yang lepas Pak Adau jatuh dari bilik air. Patah tulang peha khabar dari orang sana. Berita ni dah lama dlm 5-6 bulan macam tu. Tapi aku yang tidak berkesempatan untuk membawa Emak menziarahi.
Pada hari itulah dgn izin Tuhan, sampai lah aku dan Emak di Pulau Indah. Waktu hari tu memang disambut dgn hujan selebat lebatnya. Memang musim hujan waktu itu. Sampai shj di rumah Arwah Mak Ngah aku (adik Emak) dgn dibantu abag Aziz (sepupu) untuk menjemput emak ke dalam. Dlam pada menuggu hujan reda, aku teringat di rumah ini ada menyimpan gambar gambar lama. Jadi aku minta pada akak (lupa pulak nama sepupu) untuk dikeluarkan untuk melihat bersama emak. Aku harap dapatlah aku jumpa gambar aku dimasa kecil. Rupa rupanya lain pulak yg jumpa. Tapi lagi menarik buat aku. Apa lagi emak aku sendiri. Gambar lama emak masa anak dara. Kata emak masa itu mungkin dalam umur 15-16 tahun. Aku cukup terharu melihatnya. Aku pun terus 'snap' untuk aku simpan buat tatapan semua pada bila bila masa nanti.
Kalau nak tahu bertocang dua itu lah emak aku. Tak tahu nak ceritakan bagaimana perasaan aku dapat melihat emak aku masa muda muda dulu. Berdiri sebelah emak, emak emak aku (arwah nenek akulah). Dapat juga aku menatapi wajah nenek aku. Memang aku tak pernah melihat wajah nenek aku sebelum ini. Duduk bersama emak, arwah kak ngah (sepupu aku). Berdiri sebelah kanan itulah arwah mak ngah aku, adik emak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan